Aura jadi calon gagal dipersembahkan, kata Dr Ismail kepada Abang Bidin

Kurang dua hari sebelum PRK Sungai Bakap, Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh tampil bercakap tentang aura calon kedua-dua parti.

Katanya, apabila Pakatan Harapan (PH) menamakan Dr Joohari Ariffin sebagai calon, satu aura telah dibina.

”Apabila PH yang menamakan calon Dr Joohari, daripada tarikh itu dan sebelum penamaan calon lagi, apabila nama beliau diumumkan, maka satu aura telah dibina.

”Aura calon sebagai seorang yang mempunyai pendidikan tinggi peringkat PhD dan akhlak yang sangat baik.

”Saya kira ini sesuatu yang sangat-sangat positif yang akhirnya mempengaruhi pengundi,” katanya di TikTok.

Sebaliknya, terdapat perbezaan dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Abidin Ismail.

”Daripada awal lagi saya kira satu kesilapan daripada Pas apabila silap mengumumkan tentang ISO yang beliau maksudkan.

”Selepas dari itu kita melihat bagaimana pertembungan calon dengan media, asakan-asakan daripada media dan kita melihat beliau cuba mengelak.

”Daripada tarikh itu kita melihat aura untuk menjadi seorang calon gagal dipersembahkan,” katanya lagi.

PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH-BN dan PN.

Calon Perpaduan, Dr Joohari Ariffin akan menentang bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, atau Abang Bidin yang mewakili PN.

PRK diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

SPR tetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.

BACA JUGA Heboh gas bocor di Kargo KLIA, beberapa mangsa dikejar ke hospital

Â