Heboh gas bocor di Kargo KLIA, beberapa mangsa dikejar ke hospital

Heboh insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Dikatakan, beberapa mangsa turut di bawa ke hospital selepas mengalami pening-pening dan loya akibat terhidu gas bocor itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Pusat Gerakan Operasi Negeri telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di kawasan itu kira-kira pukul 11.23 pagi.

“Seramai enam orang pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah hadir ke operasi tersebut,” katanya.

Komander Operasi, PBK II Muhammad Nur Khairi Samsumin berkata, pihaknya masih lagi mengenalpasti bahan kimia berkenaan dan kebanyakan pekerja di sekitar lokasi terutama di beberapa hangar pesawat mula dipindahkan ke lokasi selamat.

Setakat ini, tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa berhubung jumlah sebenar mangsa terbabit dengan insiden kebocoran gas itu.

BACA JUGA 2 ahli lembaga MPN salah guna dana, biaya dua syarikat persendirian