PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang.

Perdana Menteri yang sibuk dengan jadual padat dan tugasan rasmi itu dalam masa sama mendoakan Rozaid sihat segera.

“Mendoakan agar beliau diberi kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” kata PMX menerusi media sosial.

BACA JUGA Noh Omar sah sertai parti yang dulunya dibina Mahathir