Rupanya 39 pekerja pening dan mual gas bocor di Kargo KLIA

Seramai 39 individu dilaporkan mengalami pening kepala dan mual, dipercayai terhidu kebocoran gas methyl mercaptan dalam tangki yang tidak digunakan di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata methyl mercaptan digunakan sebagai campuran kepada gas petroleum cecair (LPG).

“Pihak TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) sedang menampal tempat bocor dan akan ‘dismantle’ tangki tersebut untuk dihantar ke Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan,” dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, 14 mangsa di Air Disaster Unit, seorang di Hospital Putrajaya dan bakinya dibenarkan pulang.

BACA JUGA Noh Omar sah sertai parti yang dulunya dibina Mahathir