Lebih 200 roket, dron Hizbullah ‘hujani’ Israel ketika 1.9 juta penduduk di Gaza hilang kediaman

Lebih 200 roket dan dron daripada Hizbullah di Lubnan menghujani Israel sejak 4 Julai lalu.

Ketegangan antara kumpulan pejuang itu dan pengganas tentera memuncak ketika kira-kira 1.9 juta penduduk di Gaza dipercayai sudah hilang tempat tinggal.

Serangan roket dan dron membawa letupan itu menyasarkan kedudukan tentera di utara Israel dan Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Tindakan itu susulan serangan Israel yang membunuh komander kumpulan Hizbullah, Muhammad Nimah Nasser.

Siren serbuan udara berbunyi di seluruh utara Israel pada waktu pagi dan seorang wartawan AFP menyaksikan roket melintasi sempadan.

Kebanyakan serangan itu dipintas pertahanan udara Israel tetapi ia sempat mencetuskan kebakaran hutan.

Lapor Agensi memetik sumber tentera berkata, seorang anggota tentera terbunuh akibat tembakan roket ke utara Israel.

Sementara itu, agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan tujuh terbunuh dalam serangan Israel semalam, termasuk lima di sebuah sekolah di Bandar Gaza, di utara wilayah yang dikepung.

BACA JUGA Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti, ‘TukarTiub’ hanya dirakam percakapan

Â