Mengejutkan kapal ‘tamat tempoh’ 2001 pun masih diguna, itu sebab PMX serius banteras ketirisan

Mengejutkan apabila membaca perincian berkenaan kepincangan tahap teruk pengurusan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seperti didedah menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.

Akibatnya, kapal melebihi usia digunakan secara high-tempo untuk tujuan operasi maritim selain berlakunya banyak pembaziran mencecah lebih RM380 juta lantaran stok alat ganti yang tidak digunakan.

Oleh sebab itu, kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membanteras jenayah sakau di segenap peringkat disokong demi menyelamatkan wang negara daripada terus bocor.

Pengguna X, Irfan merumuskan kembali pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 TLDM sepanjang semakan terhadap perolehan kapal baharu sehingga 31 Disember 2022:

Kerajaan gagal apabila hanya membelikan 4 buah daripada 18 buah yang dirancang TLDM atau 22.2% dalam RMK-11 dan RMK-12 yang berakhir pada 31 Disember 2022.

Susulan LCS tidak siap mengikut masa sepatutnya pada 2019 sehingga 2022, pembelian 2 buah Kapal Sokongan Pelbagai Peranan(MRSS) terpaksa ditangguhkan TLDM sehingga RMK-13 sebab takda bajet

TLDM beroperasi lebih daripada sasaran ATM dengan 95.1% kesiapsiagaan berbanding 70% yang disasarkan.

39 buah kapal boleh beroperasi. TLDM melaksanakan 1,184 operasi berbanding 849 yang dirancang.

Sebanyak 33 buah kapal beroperasi lebih dari sepatutnya dan melebihi umurnya pada 2022. 35 buah kapal pada 2021 dan 28 pada 2020.

Lebih separuh kapal lebih umur terpaksa digunakan untuk operasi TLDM atau 26 buah kapal bersamaan 53.1%. Dalam 26 buah kapal itu, kesemua kapal melebihi usia bersara antara 9 hingga 25 tahun.

Anggota TLDM juga bertugas lebih hari untuk menjaga perairan Malaysia. 26 buah kapal bekerja lebih dari 60 hari dengan ada yang bertugas dari 65 hari sehingga ke 216 hari tanpa henti atau dipanggil High Tempo.

14 buah kapal High Tempo pada 2020, 19 buah kapal pada 2021 dan 16 buah kapal pada 2022.

TLDM terpaksa melaksanakan Ship Life Extension Program, Repowering Program dan Obselence Program untuk memanjangkan tempoh hayat kapal sedia ada.

Penjajaran semula Rancangan Transformasi Pemodenan TLDM 15 ke 5 terpaksa dibuat kerana kegagalan kerajaan mendapatkan kapal.

Pelupusan kapal lama TLDM akan dilaksanakan bermula 2033.

Kerajaan telah belanjakan RM 912.74 juta untuk membaiki dan menyelenggara kapal kapal TLDM dari 2020 sehingga 2022.

6 buah kapal TLDM dari 10 buah kapal yang diuji sampel tidak menjalankan Proses Pasang Pulih atau Refit ikut waktu yang sepatutnya.

Kesemua 10 buah kapal yang diuji sampel sudah digunakan lebih tahun dan sepatutnya bersara pada 2001.

Kerajaan juga terpaksa belanja lebih RM 85 Juta dari bajet sepatutnya untuk baiki 10 buah kapal ini menunjukkan kapal lagi lama lagi mahal untuk diselenggara

9 syarikat yang terlibat dalam membaiki kapal TLDM tidak laksanakan kerja dengan betul dan tak tercapai serta Stop Work menyebabkan ia terpaksa dihentikan.

Kerajaan terpaksa membayar mereka RM 102.30 juta menggunakan baki perbelanjaan selenggara yang tidak digunakan.

3 buah Kapal Serang Laju buatan tempatan telah terlewat 4 tahun dari jadual dengan sepatutnya siap 2019 tetapi dapat disiapkan sebuah hanya 2023 dengan tiga kali minta lanjutan tempoh.

Sebuah lagi akan siap Oktober 2024 dan sebuah lagi sedang disemak oleh Kementerian Kewangan.

Pembaziran Alat ganti sebanyak 1.62 Juta unit tidak digunakan dengan kos RM 381.69 Juta di Armada Barat antara 1969 hingga 2021 dan 6,040 unit dengan RM 2.8 Juta antara 2017 hingga 2021.

Alat ganti tidak digunakan sebab tukar jenama dan peralatan kapal kerana tak sesuai.

Panel Sistem Automated Warehouse and Retrival juga sudah rosak lebih 2 tahun di Depot Armada Barat menyebabkan alat ganti tak dapat dinaikkan dan diturunkan dari tempat simpanan. 2 tahun rosak tak baiki.

BACA JUGA Rupanya 39 pekerja pening dan mual gas bocor di Kargo KLIA