Ramai bekas ahli Umno mahu sertai semula parti

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan banyak permohonan daripada bekas ahli diterima yang ingin menyertai semula parti itu.

Menurutnya, perkara terbabit akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.

“Perkara berkenaan juga akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamadkan dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” dipetik Bernama.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli hari ini.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkan mana-mana ahli UMNO yang telah dipecat bebas untuk memilih parti yang mereka sukai.

Itu reaksi beliau mengulas tindakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menyertai Bersatu.

Semalam, Noh, 66, yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang mengesahkan penyertaan sebagai ahli Bersatu.

BACA JUGA Cikgu Joohari miliki banyak kelebihan, sokongan pengundi muda kepada PN tidak sekuat dulu