Radzi Jidin MP yang bising, Amir Hamzah Menteri yang ‘cool’ dan beradab
Seorang Pakar Perunding Pediatrik berkata, terdapat tiga perbezaan ketara antara Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah.
Dr Musa Nordin berpendapat Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai MP yang bising berbeza dengan Amir Hamzah seorang Menteri yang ‘cool’.
Daripada segi hujah pula, pakar perubatan berkenaan menyifatkan Radzi tidak berhujah bersandarkan fakta dan bukti seperti Amir Hamzah.
Bahkan, Dr Musa menganggap Radzi kurang adab semasa menyuarakan pandangan sebaliknya Amir jelas lebih beradab dalam penjelasan yang diberi.
Penilaian Dr Musa itu selepas menyaksikan sedutan sesi penerangan di Kamar Khas Parlimen pada 3 Julai lalu melibatkan Radzi dan Amir.
Menerusi klip rakaman itu, Radzi mempersoalkan mengapa kerajaan tidak melantik konsultan dalam Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dalam sesi penerangan itu, Radzi dilihat menggunakan nada suara tinggi berbeza dengan Amir yang tampil memberi penjelasan dengan perwatakan tenang.
Selanjutnya, Amir dalam jawapannya berkata, cadangan mengambil alih MAHB melalui penubuhan konsortium yang diterajui Khazanah dan KWSP adalah lebih baik berbanding melantik konsultan.
Hal ini kerana, jelasnya, konsultan tidak mempunyai kepentingan untuk memperbaiki syarikat tersebut.
“Kenapa kita pilih cara konsortium, bukan cara lantik konsultan ke dalam MAHB?
“Semua pun faham bila ada partnership yang diwujudkan, tiap-tiap orang yang melabur dalam perkongsian itu akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki syarikat itu.
“Bila ada konsultan, dia hanya memerhati, dan menyiapkan laporannya. Tapi dia tak ada ‘stake in the game’.
“Kalau orang tu melabur 30 peratus, takkanlah dia kata ‘takpelah kalau tak buat duit, tak buat duitlah’.
“(Begitulah) Konsultan, dia tak ada kepentingan untuk bersungguh-sungguh jaga,” jelas Amir.
Sehubungan itu, rata-rata pengguna sosial juga memuji cara Amir memberi penjelasan dengan tenang dan dalam masa sama ramai mencemuh Radzi.
Antaranya pengguna X, Abd Aziz Abd Kadir menegaskan terdapat perbezaan ketara antara teknokrat dan bekas pensyarah.
Katanya, Amir berpengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk banyak syarikat, termasuk MISC, Petronas Lubricants, TNB dan KWSP.
“Beliau (Amir) berurusan dengan ramai pihak berkepentingan.
“Perwatakan yang sama seperti arwah bapanya, arwah Tan Sri Azizan, lembut tutur kata tetapi tegas. Pernah bekerja untuk kedua-dua senior dan junior,” kata Abd Aziz lagi.
BACA JUGA ‘Cukup RM100,000 macam mereka beri kami dulu’ – Ahmad Maslan