Tak rasmi – PN kekal di Sungai Bakap

Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi kekal di kerusi DUN Sungai Bakap apabila keputusan undi terhadap calonnya, Abidin Ismail meninggalkan pencabarnya, Dr Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan (PH).

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Abidin yang juga Naib Yang Dipertua Pas mengaut 13,725 undi manakala Joohari mendapat 9,816 undi dengan majoriti 3,909 undi.

Sebanyak 63 daripada 66 saluran peti undi sudah dikira setakat jam 7.45 malam tadi.

Abidin, 56, merupakan bekas eksekutif logistik manakala Joohari, 60, adalah bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

Sungai Bakap adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.

Sebelum ini, kerusi itu disandang Nor Zamri Latiff merangkap Yang Dipertua Pas Nibong Tebal yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu.

Allahyarham Nor Zamri memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas menentang calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

BACA JUGA Radzi Jidin MP yang bising, Amir Hamzah Menteri yang ‘cool’ dan beradab

Â