Buat kerja, jangan ponteng sidang DUN pula, netizen nasihat Abidin

Seorang TikTokers Aina Eu memberi pesanan kepada Perikatan Nasional (PN) yang telah menang PRK Sungai Bakap semalam.

”Hai assalamualaikum.. dah menang.. dah menang ya.. wah seronok ya? Tapi ingat sikit ya sebab kerusi tu memang kerusi korang..

”Kalau PH menang, itu bonus.. kalau tak menang pun, tak ada kesan apa apa, kerajaan Pulau Pinang tetap diterajui DAP.

”Ha kan.. so apa lagi? buat kerja, jangan bagi alasan pula nanti kata tak ada peruntukan,” katanya di media sosial.

Wanita itu turut pesan satu lagi perkara tentang derma.

”Lepas tu yang paling sadis jangan pula minta derma daripada pengundi-pengundi pulak nanti kata nak buat pusat khidmat.

”Kalau dah ada pusat khidmat, bagus lah.. tapi buat kerja.. jangan ponteng sidang dewan pula nanti ya.. tu jelah nak pesan,” kata wanita itu.

PRK semalam menyaksikan Abidin Ismail menewaskan calon PH Dr Joohari Ariffin.

Abidin menang dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya Dr Joohari yang meraih 10,222 undi.

Beliau menang dengan majoriti 4,267 undi.

BACA JUGA Jejambat Bandar Saujana Putra bagi manfaat 4,000 penduduk