Kon Yeow akur kekalahan di Sungai Bakap, dedah punca PH tewas

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berlapang dada menerima kekalahan mereka di Sungai Bakap malam tadi.

Bercakap kepada media, Kon Yeow percaya keputusan itu merupakan terjemahan daripada suara rakyat terhadap apa yang berlaku khususnya situasi politik terkini.

Sambil memberi jaminan satu “post morterm” akan diadakan, beliau memaklumkan peratusan keluar mengundi kaum Cina dan India yang rendah menjadi punca kekalahan PH.

“Kita dapati peratusan pengundi India dan Cina menunjukkan pengurangan sekitar 10 hingga 13 peratus berbanding PRN Ogos lalu sekali gus menyebabkan kekurangan antara 1,000 hingga 2,000 undi.

“Kita terima keputusan ini sebagai satu terjemahan suara rakyat terhadap apa yang berlaku di sini dan Kerajaan Perpaduan akan melakukan post-mortem berkaitan keputusan ini.

“Pada masa sama juga akan meneliti gerak kerja sepanjang kempen ini berkaitan, kelemahan, kekuatan atau sebab musabab perolehan,” katanya dalam sidang media lewat malam tadi.

Perikatan Nasional (PN) melalui calonnya, Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.

Abidin, 56, menang dengan mendapat 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada PH, Dr Joohari Ariffin yang memperoleh 10,222 undi.

BACA JUGA Selepas keputusan PRK Sungai Bakap, ini reaksi Cikgu Joo