Peniaga durian buat kerja gila jual IOI RM5 sekilogram
Seorang penjual durian di Jalan Kebun Tambahan, Klang menjual raja buah termasuk jenis IOI dengan harga serendah RM5 hingga RM10 sekilogram.
Pemiliknya, Shahrul Hatta Mat Wahab, 34, berkata, dia menjual pada harga murah dengan niat untuk bersedekah.
Kebiasaannya gerai Durian Brother’s itu menjual durian pada harga RM15 sehingga RM55 sekilogram, namun kini menjadi lebih murah apabila tiba penghujung musim.
Ini kerana pada penghujung musim, saiz buah yang diterimanya lebih kecil berbanding biasa.
“Kalau kita dapat murah kita jual murah dan tempoh hari kami terima bekalan buah durian jenis IOI pada harga RM22 sekilogram (beli di kebun) tetapi kami lelong IOI RM5 hingga RM10 sekilogram sahaja.
“Kebetulan buah gugur (diterima) pada hari itu terlalu banyak dan jenis IOI ini tidak dapat bertahan lama jadi kami perlu jual murah elak ia akhirnya rosak juga dengan niat untuk bersedekah,” katanya memetik Sinar Harian.
Gerai Durian Brother’s dari Tangkak, Johor itu sudah sinonim menjual pelbagai jenis durian bermutu tinggi dan durian kampung di tepi jalan sejak lebih lima tahun.
Katanya jika mereka menerima bekalan yang banyak, harga durian akan dijual lebih murah sedikit dan baginya, tidak salah berkongsi rezeki bersama orang lain yang mahu merasa durian IOI bermutu.
BACA JUGA Tak sangka eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas
Â