AMANAH hormati keputusan PRK Sungai Bakap, seru jentera Perpaduan diperkukuh

Parti Amanah Negara (AMANAH) menghormati keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan parti itu bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan Perpaduan.

“AMANAH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen.

“Justeru, kesepaduan jentera Perpaduan antara PH dan BN yang sedang dibina ini perlu diperkukuhkan bagi menghadapi apa jua pilihan raya yang mendatang terutama PRU ke-16,” kata Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi kenyataan hari ini.

Pada 6 Julai lalu, calon PH, Dr Joohari Ariffin pada PRK Sungai Bakap kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.

Joohari meraih 10,222 undi manakala Abidin mendapat 14,489 undi.

BACA JUGA Agihan peruntukan kepada MP pembangkang, ini penegasan PM Anwar