Selamba Wan Fayhsal lontar syor ‘bernas’ ini, ramai kecam cara PN urus tadbir ekonomi negara

Kepincangan urus tadbir ekonomi negara semasa Perikatan Nasional (PN) pernah bergelar kerajaan semakin terbukti dengan cadangan selamba Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dilihat mengundang kecaman orang ramai apabila mengesyorkan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) membuat pinjaman.

“MAHB ini kaya dengan tunai… Jadi, kalau nak melabur, MAHB boleh saja labur, malah untuk baiki operasi.

“Malah, sudah dilanjutkan konsesi.. Taraf rating kredit MAHB adalah triple A, mudah nak pinjam dengan kos yang rendah.

“MAHB juga boleh meminjam sampai RM9.8 bilion. MAHB sendiri mampu sebenarnya untuk raise capital tambah baik operasi,” katanya dalam Wacana Sinar baru-baru ini.

Wan Fayhsal mengaitkan keputusan penjualan sebahagian saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) dengan firma BlackRock milik Israel.

Susulan itu, rata-rata mengecam cadangan ‘bernas’ Wan Fayhsal tersebut dengan berpendapat bukan sahaja hutang negara bertambah malah mengakibatkan defisit negara melambung.

Antaranya, pengguna X, @asratmalaysia yang menegaskan ‘kemahiran’ PN dalam menambah hutang negara semasa menduduki Putrajaya.

“Inilah yang dilakukan ketika PN mentadbir sehingga hutang yang ditinggalkan mencecah RM1.5 trilion,” katanya.

Sementara itu, @Suriadee68 berkata, PN semasa menjadi kerajaan dari Mac 2020 hingga Oktober 2022, hutang negara bertambah RM300 bilion selain duit simpanan KWSP rakyat lebur RM142 bilion.

“Inilah idea terbaik YB Machang pasal MAHB, tambah hutang untuk kembangkan bisnes. Konsep yang boleh lingkupkan MAHB,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah telah memberi penjelasan terperinci mengenai cadangan mengambil alih MAHB melalui penubuhan konsortium yang diterajui Khazanah dan KWSP.

Dalam sesi penerangan di Kamar Khas Parlimen minggu lalu, Amir Hamzah antara lain menjelaskan penglibatan GIP dalam MAHB hanya sebagai pelabur dan rakan teknikal.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memegang saham khas atau ‘golden share’ dalam MAHB termasuk mempunyai kuasa untuk melantik Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB, yang kedua-duanya mesti warganegara Malaysia.

@asratmalaysia

JIKA PN MENTADBIR, UNTUK NAIKTARAF MAHB MEREKA MEMILIH SUPAYA BUAT PINJAMAN Kesannya hutang negara bukan sahaja bertambah bahkan menambahkan defisit negara. Inilah yang dilakukan ketika PN mentadbir sehingga hutang yang ditinggalkan mencecah RM1.5trillion. #asratkongsi #foryoupage #MalaysiaMADANI #pmx #kerajaanperpaduan #malaysiatiktok #masukberanda #fypシ゚viral #CapCut

♬ Epic Disaster – Kidmada

BACA JUGA Tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam akan dibaca kali kedua di Dewan Rakyat