Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 11 hingga 17 Julai ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, dimaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA PM Anwar umum peruntukan RM1 juta baik pulih kuarters di IPD Marang

Â