Ini status terkini 6 bekas ahli Parlimen Bersatu

Status enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Bersatu mengesahkan mereka terbabit kekal sebagai wakil rakyat selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi mereka.

Hal tersebut dimaklumkan Johari menerusi surat bertarikh 9 Julai.

Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Enam wakil rakyat Bersatu terbabit ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Pada 12 Jun lalu, Bersatu menyerahkan notis terhenti secara serta-merta kepada mereka yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti itu, selaras arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

BACA JUGA Dewan Rakyat cemas, Anthony Loke sesak nafas ketika sesi jawab lisan