Berjaya naikkan rating selepas 6 tahun, ini sebabnya JPMorgan puji kemajuan Malaysia

OLEH AHMAD MURSI

Berikut antara intipati temu bual CNBC & Rajiv Batra ketua strategi ekuiti Asia Pasific di JPMorgan:

Rating Malaysia naik dari “underweight” kepada “neutral” antaranya kerana reformasi polisi, pelaburan data-centred dan pembinaan infrastruktur yang ketara.

Apa yang menarik semua tanda-tandanya muncul tahun lepas (2023).

Tahap Perkembangan mengejutkan dengan KDNK negara capai 4.2% untuk suku pertama tahun ini dan pertumbuhan pendapatan sekitar 10%-11%.

Antara tindakan berani ialah penyasaran subsidi yang dianggap sensitif. 

Penjimatan ini dialihkan untuk tingkatkan produktiviti ekonomi, tingkatkan literasi, latih semula rakyat dan laksana dasar gaji progresif.

Kenaikan penarafan ini mencerminkan pemulihan tadbir urus selepas skandal 1MDB.

Kerajaan Madani membuat kemajuan ketara dalam dasar penting antaranya Peralihan Tenaga (NETR) dan bajet ekonomi Madani.

Persepsi pelabur asing sangat jelas berubah apabila wang asing kembali semula dalam pasaran. 

USD7 bilion wang keluar dari ASEAN, mulanya Malaysia juga ada aliran keluar USD150juta pada suku pertama tetapi kembali USD200juta pada suku kedua. 

Paling ketara Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11% dan FBM70 naik 28%.

Ringgit telah menguat lebih dari 2% berbanding USD dari paras terendah dua dekadnya pada bulan Februari.

Orang ramai semakin tertarik dengan Malaysia dan bertanya di mana mereka patut melabur.

Malaysia sebelum ini jatuh dari radar pelabur asing, kini menarik perhatian sekali lagi antaranya kerana potensi sebagai Hab Teknologi.

Dana asing kembali ke Malaysia dalam sektor pembungkusan cip di Penang, Data Center, EV, Tenaga Hijau dan Solar.

Pelabur asing ambil langkah kecil dan mula melabur walaupun tahap pemilikan asing kini hanya 19% dan belum mencapai puncak 35%-40%.

Peningkatan rating ini cerminkan kombinasi pertumbuhan ekonomi, pelaksanaan dasar yang efektif, tadbir urus yang baik sebabkan Malaysia menjadi destinasi pelaburan yang semakin menarik.

BACA JUGA Kerajaan Perpaduan pilih calon BN bertanding DUN Nenggiri