Lain macam ‘marketing’, peniaga bagi durian percuma untuk orang ‘single’
Sebuah kedai durian di Seberang Takir, Terengganu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana taktik pemasarannya yang dianggap lain daripada lain.
Ini kerana gerai itu memberikan durian percuma untuk mereka yang ‘single’ atau masih tiada pasangan.
Menerusi video tular di TikTok @Echaaaaaaaaaaaa, tertera tulisan yang diletakkan di tengah-tengah longgokan durian, ‘kalau single dapat free’.
Apa yang melucukan, wanita itu sempat bertanya tentang iklan durian percuma itu dan di ‘iyakan’ oleh peniaga tersebut.
“Abang betul ke kalau single dapat free?,” tanya wanita itu sambil disahut ya oleh peniaga durian tersebut.
Perkara itu membuatkan ramai terhibur selain berseloroh mengatakan pertama kali orang ‘single’ seperti mereka dihargai.
Ramai juga yang tidak sabar datang ke kedai tersebut untuk mendapatkan durian percuma.
“Ala tak ada branch dekat KL ke? Ramai single dekat KL ni,” seloroh yang lain.
Sehingga kini video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan dengan lebih 16,000 tanda suka.
BACA JUGA Berjaya naikkan rating selepas 6 tahun, ini sebabnya JPMorgan puji kemajuan Malaysia