Dah cadang dulu pinda tapi tak dipersetujui kerajaan ketika itu – PMX
Pembangkang dilihat terus menyalahkan kerajaan hari ini walaupun mereka ketika menjadi kerajaan yang meluluskan undang-undang berkaitan anti lompat parti.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan.
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan dibuat kepada akta terbabit, namun ditolak oleh kerajaan ketika itu.
“Dulu kita cadang supaya mana-mana yang ditolak (dibuang) oleh parti, ditolak (mengosongkan kerusi) tapi tidak disetujui oleh kerajaan masa itu.
“Sebab dia masa tu orang UMNO masuk parti dia, jadi bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya siapa sahaja (tidak terkecuali). Dahulu dia (pembangkang) menentang, ramai tak tahu,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah, Presint 9, di Putrajaya, hari ini.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA Peluang ibu berkerjaya di Selangor mohon insentif MamaKerja
Â