Ramai kanak-kanak teruja bermesra, berswafoto dengan Perdana Menteri

Berbeza dengan barisan Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mudah didekati golongan kanak-kanak semasa pemimpin tertinggi negara itu menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid terutama sekitar Lembah Klang.

Sudah menjadi lumrah, ketibaan PMX di premis makanan untuk menikmati juadah tengah hari sebelum solat Jumaat bukan sahaja disambut para peniaga, pekerja dan pelanggan malah kanak-kanak.

Mereka diihat teruja dan berpusu-pusu mengerumuni Perdana Menteri untuk bersalaman serta berswafoto dengan Anwar.

Detik manis kanak-kanak terbabit menatap PMX di hadapan mata mereka sendiri sempat dirakam lensa Bahagian Media & Komunikasi Pejabat Perdana Menteri yang kemudian dikongsi menerusi akaun TikTok Anwar Ibrahim Official.

BACA JUGA Isu penjualan rokok elektronik: Peraturan bakal dilaksana tidak lama lagi