Kes jajan beracun dapat perhatian serius Menteri Kesihatan

Kejadian dua kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim, Kedah mendapat perhatian daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, kejadian itu ibarat ‘wake-up call’ atau peringatan buat pihaknya agar meneliti prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan serta penjualan racun seumpama itu.

“… ia ‘wake-up call’ mengingatkan kita terutama penguat kuasa KKM bagaimana peraturan ataupun SOP perlu kita perketatkan dari sudut penggunaan dan penjualan (racun sedemikian),” katanya kepada pemberita malam tadi.

Dr Dzulkefly berkata usaha untuk memperketatkan SOP itu juga akan melibatkan kerjasama KKM dengan agensi lain berkaitan.

Terdahulu Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas selepas termakan keropok mengandungi racun tikus.

BACA JUGA Banyak serang kerajaan tapi tak pernah lihat Akmal hentam PN