Wan Fayhsal sembang jadikan “KLIA world class” tapi stesen bas KB macam bengkel
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjadi bahan sindiran ramai selepas beliau cuba mengajar kerajaan bagaimana menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sebagai bertaraf dunia.
Beliau ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, membawa buku biografi mendiang Sim Kee Boon, bapa kepada kejayaan Lapangan Terbang Changi – meminta kerajaan belajar daripada usaha mendiang.
Katanya, resipi menjayakan lapangan terbang terkenal itu bukan di atas tangan GIP atau BlackRock, tetapi menggunakan pengalaman dan kepakaran sendiri.
Saranan itu ibarat menyerang dirinya sendiri apabila orang ramai mempersoal apa yang telah dilakukannya untuk membangunkan stesen bas di Kota Bharu.
Terminal bas sementara itu sehingga kini masih digunakan walaupun kekurangan pelbagai kemudahan, menyebabkan lokasi tersebut dianggap antara lokasi pengangkutan awam yang ketinggalan zaman.
Atas sebab itu, ramai menyarankan agar Wan Fayhsal menaiktaraf dahulu stesen bas KB sebelum mengajar kerajaan menaiktaraf KLIA.
“Sebelum Wan Fayhsal nak ajar bagaimana hendak jadikan KLIA “world class”, apa kata kau usahakan dulu stesen bas Kota Bharu supaya ada rupa stesen bas. Kemudian, baru cerita teori kau di Parlimen,” kata seorang pengguna X.
Membalas kepada ciapan itu, Wan Fayhsal berkata; “Orang bincang masalah MAHB dia bincang masalah stesen bas”.
Ia kemudian dibalas semula oleh pengguna X tersebut dengan ringkasan paling mudah difahami.
“Wan Fayhsal, ceritanya macam ini. Kalau stesen bas yang mudah macam ini pun kamu tak reti nak uruskan, bagaimana kami nak percaya kamu boleh uruskan airport pula?,” ujarnya.
Perkara itu disokong ramai kerana bagi mereka pemimpin sepatutnya membuktikan kemampuan mereka dengan membangunkan stesen bas KB yang berbelas tahun ketinggalan.
BACA JUGA Kes jajan beracun dapat perhatian serius Menteri Kesihatan