Kejam! Tak mahu hubungan sulit kantoi punca Farah dibunuh ‘BF’ berpangkat lans koperal

Punca Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh akhirnya terbongkar apabila dilaporkan teman lelakinya yang berpangkat lans koperal berang didesak untuk mendedahkan hubungan mereka kepada isteri.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui,” katanya

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Suspek yang ditahan polis semalam direman seminggu bermula hari ini sehingga 22 Julai. 

Perintah tahanan reman ke atas lelaki itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza. 

Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA Sah! Kim Pan Gon letak jawatan, dedah sebab tinggalkan Harimau Malaya

Â