Penjawat awam dibawa mahkamah untuk reman, jenazah Nur Farah bakal diterbangkan ke Miri

Seorang penjawat awam dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Suspek berusia 26 tahun dilihat memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna jingga.

Sementara itu, Nur Farah dijangka dibawa pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak, untuk dikebumikan.

Namun, keputusan akhir pengurusan jenazah masih belum diputuskan memandangkan ahli keluarga masih menunggu keputusan ibu Allahyarham sendiri.

Nur Farah Kartini Abdullah

Semalam, suspek ditahan susulan penemuan mayat mangsa di ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, pada 6 petang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nur Farah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Allahyarham ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

BACA JUGA Dakwaan penyasaran subsidi hanya susahkan rakyat, ini jawapan balas Rafizi

Â