Patutnya gantung terus 6 tahun, bukan 6 bulan
Selepas Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung menghadiri sidang Dewan Rakyat, seorang TikTokers meluahkan pendapatnya berkaitan perkara itu.
Menggunakan nama YazidNoor, dia berpendapat sepatutnya lebih ramai lagi ahli parlimen PN digantung daripada menghadiri sidang Parlimen.
“Patutnya ramai lagi ahli-ahli parlimen ‘cokia’ daripada PN yang cakap merapu dalam parlimen kena gantung.
“Patutnya bukan 6 bulan, tapi 6 tahun sebab adanya depa dalam parlimen ini jadikan parlimen tu macam pentas maharaja lawak.
“Kesian jugaklah aku kat PN. Dah lah 6 orang ahli parlimen depa sokong PMX, ni hilang pulak sorang 6 bulan,” katanya di TikTok.
Bagaimanapun, lelaki itu kehairanan dengan keputusan berkenaan selepas usul itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
“Tapi jangan salahkan oranglah.. bila buat undian, 63 saja undi yang tak bersetuju.
“Mana pi hat lain? Dalam hal punya serius macam ini pun sesama ahli parlimen PN tak boleh berpakat, tu pun bukan main nak ambil alih kerajaan konon,” katanya sinis.
Bermula hari ini, Wan Fahysal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Usul berhubung penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.
BACA JUGA Wan Fayhsal digantung, pengajaran untuk Ahli Parlimen lain
Â