Peruntukan nak tapi gambar PM Anwar digantung jauh seberang pintu

Tular imej satu sudut di bangunan kerajaan negeri Terengganu yang memaparkan potret rasmi Perdana Menteri digantung jauh di seberang pintu.

Kedudukan potret Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jauh dari susunan potret sultan dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hal tersebut dilihat salah dari segi Tatacara Penggantungan Potret Rasmi seperti terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2014.

Susulan itu, warganet berpendapat Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas sebagai tidak menghormati Kerajaan Persekutuan.

Ramai juga mengaitkan dengan sikap pemimpin Pas di Terengganu yang dianggap terhegeh-hegeh menagih peruntukan dan bantuan Putrajaya tetapi mematuhi protokol penggantungan potret rasmi pun gagal.

“Bila nak apa-apa dari Kerajaan Persekutuan minta kerajaan bersikap profesional tetapi sikap yang ditunjukkan dalam hal ini adalah sebaliknya. Inilah akhlak ‘Pas’. Jauh berbeza dengan apa yang diamalkan PMX,” kata pengguna X, @AzlimIbrahim.

“Duit, peruntukan, royalti nak. Orangnya (Perdana Menteri) tak nak. Tengok muka pun tak mahu. Terlalu jauh sifat seorang Muslim yang ditonjolkan oleh MB Terengganu ni. Beza pemimpin Pas terdahulu. Musuh parti politik pun masih dilayan baik,” tulis @AzlimIbrahim pula.

BACA JUGA Perlembagaan Persekutuan ‘lebih besar’ berbanding perlembagaan Bersatu

Â