Wan Fayhsal terus dikecam, Menteri Pertanian kerja tetap jalan

Meskipun telah digantung menghadiri sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terus dikecam akibat dakwaannya berhubung surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Seorang TikTokers dikenali Fadli Hussin menyifatkan pembentangan sesuatu perkara menerusi surat layang tidak boleh diguna pakai.

”Setakat bentang surat layang mana boleh pakai… tak ada fakta.. sebagai ahli parlimen pun tak tahu undang-undang macam mana..

”Kadang-kadang kita back up kerajaan ini, mula la geng-geng united nation (Perikatan Nasional) ni marah.. itu tak kena ini tak kena…

”Bagi kita mudah ja, segala benda biar berfakta dan cari yang boleh buat kerja. Bukan hanya pandai cakap, pung pang sana pung pang sini,” katanya di TikTok.

Wan Ahmad Fayhsal

Bagaimanapun, dalam video sama, Fadli memberi kredit kepada gerak kerja yang dilakukan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

”Aku respect la Menteri Pertanian (Mohamad Sabu). Hentamlah macam mana pun, kerja tetap jalan.

”Baru-baru ini, kita tengok menteri pertanian pergi jelajah Sabah untuk mengajak orang Sabah sama-sama berkunjung ke MAHA 2024 tak lama lagi.

”Bila sampai Sabah ini, Mohamad Sabu banyak tempat beliau pergi. Contohnya, Kota Kinabalu, Kota Belud, Telupid dan Kundasang. Ini semua tempat-tempat pertanianlah.

”Ini menunjukkan menteri pertanian kita ini sebagai menteri yang memberikan komitmen yang tinggi.

“Beliau nak pastikan MAHA 2024 lebih manfaat dan menjadi penganjuran terbaik tahun ini,” katanya.

Bermula 18 Julai lalu, Wan Fahysal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang itu.

Usul berhubung penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Usul berhubung penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dua Ahli Parlimen membahaskan usul berkenaan iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan Azli Yusof (PH-Shah Alam), sambil dicelah beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

BACA JUGA Logo Pas di Nenggiri, ini kata Radzi

Â