Calon BN DUN Nenggiri ada kelebihan tersendiri
Timbalan Ketua UMNO Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim (gambar atas) menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri.
Katanya, meskipun berusia 38 tahun, Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Gua Musang
pernah berkhidmat kepada penduduk apabila bertugas sebagai pegawai kepada bekas Adun iaitu Ab Aziz Yusoff.
”Nak tahu calon mana lebih matang, kita serah kepada pengundi untuk menilai, katanya lapor FMT.
Pada 20 Julai lalu, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal diumumkan komponen itu untuk mengekalkan kerusi DUN Nenggiri, dijangka ‘lebih matang’ berbanding Mohd Azmawi.
Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan selepas ADUN, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Pada 18 Julai lalu, BN Kelantan mengumumkan Mohd Azmawi sebagai calon pada PRK DUN Nenggiri kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK Nenggiri masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.
BACA JUGA AMANAH yakin kerusi DUN Nenggiri milik Perpaduan
Â