Isteri MP Tasek Gelugor meninggal dunia

Isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dikongsikan bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

“Takziah kepada saudara @wansaiful atas pemergian Kak Alena, isteri yang dikasihinya.
Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan beriman,” tulisnya di Facebook.

Pada Jun lalu, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memaklumkan isterinya dimasukkan ke wad hospital di Kuala Lumpur akibat kanser usus tahap empat.

Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata berusia 10 dan 12 tahun.

BACA JUGA Rusuhan di Bangladesh: Bertenang, jangan tokok tambah rumitkan keadaan