Aina Faqihah hilang seminggu ditemui di stesen bas

Remaja perempuan, Nur Aina Faqihah yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu ditemukan orang awam di stesen bas dekat Triang, Bera, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja itu berada dalam keadaan stabil dan akan bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan bagi keperluan siasatan.

Nur Aina Faqihan, 17,  berasal dari Kampung Lama, Lurah Bilut dilaporkan hilang dari rumahnya, Isnin lalu.

Bagaimanapun, laporan polis dibuat oleh keluarganya pada hari Selasa.

”Mangsa Nur Aina Faqihah Sharizan ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang tadi dan dibawa ke balai polis berdekatan.

“Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya menerusi kenyataan hari ini. MalaysiaGazette

Sebelum ini Nur Aina ada memaklumkan kepada adiknya dia hendak keluar dan selepas itu anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak lagi dapat dihubungi. 

BACA JUGA Ringgit muncul mata wang terbaik di Asia berbanding dolar AS