Pas sedang diperalatkan Bersatu
Oleh NORMAN RADZUAN
Walaupun Muhyiddin pernah berkata maksud Pas itu ‘parti ajaran sesat’, Mahathir mengkritik Pas punca berlaku peristiwa Memali, Wan Ahmad Fayhsal berkata penyokong Pas bodoh, Pas tetap menerima mereka.
Sedangkan walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyesatkan Pas, DAP tidak pernah membodohkan penyokong Pas, AMANAH tidak pernah membinatangkan Pas, ketiga-tiga parti ini tetap dianggap musuh.
Sebenarnya Muhyiddin sangat licik dalam permainan politik. Muhyiddin menggunakan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Tun Abdullah Badawi. Sehingga Pak Lah menzahirkan dukacita sikap Muhyiddin itu di pentas terbuka.
Kemudian Muhyiddin cuba menjatuhkan Najib kononnya kerana kes 1MDB. Sebelum dijatuhkan, Najib telah bertindak lebih awal menjatuhkan Muhyiddin dari kerusi TPM.
Tidak berputus asa, Muhyiddin sanggup menyembah Anwar di penjara. Ihsan Anwar merestukan Bersatu untuk bersama PH.
Selepas PH berjaya memenangi PRU14, Muhyiddin mengkhianati Mahathir dan Anwar. Akhirnya, dia menjadi PM.
Sebenarnya Bersatu tidak mampu memenangi satu kerusi pun tanpa Pas. Jika tidak percaya, cuba Pas ambil sikap lepas tangan untuk PRK Nenggiri. Bersatu akan kena TKO.
Ketika Muhyiddin menjadi PM, dia tidak lantik TPM dari Pas, malah Muhyiddin tidak mempercayai ‘ulama’ Pas untuk memegang portfolio Menteri Agama. Mungkin Muhyiddin masih yakin kenyataannya Pas bermakna Parti Ajaran Sesat.
Tapi bila dah jadi Kerajaan, BERSATU pulak yang banyak bolot jawatan penting dalam kabinet, manakala PAS hanya diberi jawatan berportfolio rendah dan jawatan pengerusi GLC Sahaja.
Bahkan semasa Muhyiddin jadi PM pun dia lantik Ismail Sabri daripada UMNO sebagai TPM, sedangkan UMNO bukannya sebahagian daripada PN. Mengapa tidak dilantik calon dari PAS?
Dgn pelbagai skandal mahkamah pemimpin BERSATU, dari Presiden hingga Naib Presiden mereka yg melibatkan anak dan menantu, dilihat PAS menjadi tukang cuci dosa2 tersebut.
Saya tertarik dgn ulasan veteran UMNO, Mustafa Yaakob menyifatkan BERSATU tidak mampu bertanding atas kekuatan sendiri tetapi terpaksa menumpang kekuatan sekutunya, PAS.
BERSATU terpaksa menggunakan logo PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.
BERSATU tak berani menggunakan logo sendiri atau logo PN di Nenggiri nanti sebab mereka tahu pengundi PAS tidak akan mengundi calon BERSATU.
PAS dalam PN hanyalah kuda tunggangan BERSATU di mana mereka digunakan untuk menggerakkan jentera bagi pihak BERSATU. Maklumlah, BERSATU bukannya ada kekuatan jentera pun.
Nampak tak betapa hinanya kedudukan PAS dalam PN? Eloklah PAS tunggang agama, BERSATU pula tunggang PAS.
BACA JUGA Menteri lawat tapak, optimis MAHA 2024 akan berjaya
Â