Jenayah ‘berpindah’ ke media sosial, ini jaminan Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend tersebut menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial.
Menerusi catatan terbaru di Facebook, beliau memberitahu pihaknya pagi ini mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.
Turut memberi taklimat ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan seorang Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.
Sebelum ini, Fahmi berkata, terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.
BACA JUGA Orang Arab sebut ‘Sanusi boleh’ pun walaun dah bangga