Orang Arab sebut ‘Sanusi boleh’ pun walaun dah bangga

Penyokong Pas yang umum dipanggil walaun dilihat begitu berbangga sehingga menganggap nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah mendunia.

Hanya kerana satu ‘content’ seorang Arab menyebut ‘Sanusi boleh’, walaun berpendapat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat itu sebagai sudah terkenal di dunia Arab.

“Nama DS Sanusi mendunia. Terkenal di benua Arab,” tulis seorang TikTokers yang juga penyokong ekstrem Pas.

Reaksi rata-rata walaun juga dilihat pelik-pelik termasuk meninggalkan komen ‘Nuar tak boleh’ yang cuba menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan, ada wanita yang mengakui mesti tersenyum sendirian setiap kali menonton apa sahaja klip video berkaitan Sanusi.

Ramai juga penyokong Pas terutamanya rakyat Kedah menegaskan Sanusi sebagai menteri besar terbaik mereka walaupun negeri itu menerima peruntukan berbilion ringgit daripada Kerajaan Persekutuan.

BACA JUGA Rupanya ini yang diperkatakan Asyraf tentang calon DUN Nenggiri

Â