PN tidak ikhlas tunggang isu sumbangan ‘syarikat dosa’

Perikatan Nasional (PN) disifatkan hanya menunggang isu sumbangan syarikat dosa iaitu arak secara tidak ikhlas apabila berterusan menyerang isu sumbangan syarikat Tiger untuk sebuah sekolah Cina.

Menurut netizen, ini kerana pada tahun 2020-2022, syarikat pembuat dan penjual arak, Carlsberg, Heineken serta Tiger menyumbang untuk sekolah Vernakular.

Seorang aktivis, Ikmal Iskandar dalam postingnya menjawab persoalan, kenapa PH tak pertikai sebelum ini.

“Ini kerana bukan semua orang tahu pekeliling sesebuah kementerian.

“Hanya menteri dan pegawai tinggi kementerian sahaja yang tahu berkenaan pekeliling ini.

“Maka jika benar pekeliling itu sudah wujud sejak 2018, maka apa tindakan Mantan Menteri Pendidikan yang kini MP Putrajaya Dr Radzi Jidin tatkala Carlsberg dan Heineken menyumbang jutaan ringgit kepada Sekolah Vernakular?

“Walaun mungkin lupa, tapi saya sangat ingat tatkala Kerajaan PH membatalkan sumbangan kepada UTAR tapi PM8 menyambung semula sumbangan itu.

“Di mana walaun ketika itu?” merujuk kepada penyokong tegar Pas.

Isu sumbangan syarikat arak dan rokok kepada sekolah vernakular panas ekoran kejadian timbalan menteri yang juga MP Sepang menerima satu mok cek sumbangan sebuah syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang.

BACA JUGA Netizen terkejut individu kirim surat layang kes Zulfarhan munculkan diri di IG