Lans Koperal Alif dituduh di mahkamah atas dakwaan bunuh Nur Farah

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Tertuduh berusia 26 tahun didakwa melakukan pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan

Anggota polis daripada Balai Slim River didakwa membunuh Nur Farah yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik kertas pertuduhan dibacakan kepada di hadapan Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, kerana kes itu adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada jam 9.04 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju T serta seluar hitam, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

BACA JUGA Rakyat Malaysia ‘berkampung’ di Facebook Suhakam sejak malam tadi

Â