Malaysia dinobat negara ke-10 paling aman 2024 di bawah kerajaan MADANI
OLEH AHMAD MURSI
Sejak Indeks ini diwujudkan, ini kedudukan tertinggi dicapai dan kita patut syukuri nikmat keamanan ini. Alhamdulillah.
Kerajaan MADANI berusaha mencontohi Kerajaan Madinah Rasulullah SAW yang menguruskan masyarakat yang terlalu majmuk dan disatukan melalui Sahifah Madinah yang banyak suku, kaum, kabilah dan agama.
Kerajaan MADANI kini didukung oleh semua kaum, agama dan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak mewujudkan keamanan dan kestabilan politik yang kita perlukan untuk pulihkan negara pasca covid dan kekalutan politik zaman tebuk atap.
Kempen takfiri politik Khawarij dan meniup api perkauman melampau semasa PRU15 akan terus diingati sebagai kempen yang berbahaya kepada keamanan negara.
Ternyata, Allah telah selamatkan negara kita dari bencana. Alhamdulillah.
Kini jika ada yang mendakwa nak ‘selamatkan negara’ dalam keadaan kita menjadi negara Nombor 10 paling aman di dunia dan kemakmuran ekonomi yang sedang meningkat naik, ketahuilah sebenarnya yang nak diselamatkan ialah diri mereka dan menantu-menantu yang terlibat dengan pelbagai korupsi.
Negara akan susah jika dipimpin oleh kelompok yang sentiasa menyemai kebencian antara kaum dan agama.
Malah ada ‘agamawan politik’ memperlekeh kaum-kaum lain ‘tak reti undi kerana pakai cawat lagi’. Hingga kini masih ada yang memainkan isu kafir mengkafir sesama Muslim.
Kepelbagaian kaum sepatutnya menjadi sumber kekuatan membina negara menghubungkan timur dan barat.
Bukan dijadikan alat oleh parti tertentu mengapi-apikan sentimen untuk menangi undi.
Semoga Allah terus beri keamanan dan kemakmuran kepada negara kita.
Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghafur (Negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun). Inilah doa khatib di setiap kali solat Jumaat.
BACA JUGA Sebab itu Nabi larang kita jumpa bomoh – Ahli Majlis Fatwa WP