Sebab itu Nabi larang kita jumpa bomoh – Ahli Majlis Fatwa WP
Seorang Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan berulang kali mengingatkan ada sebab mengapa Nabi Muhammad melarang umat Islam berjumpa dengan bomoh.
Dr Kalimin Jamilin merujuk kepada isu berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman yang didera sehingga mati selepas seorang bomoh menyebut namanya sebagai pencuri komputer riba.
Beliau dalam satu video ringkasnya, mengingatkan umat Islam agar kukuhkan akidah dan tauhid supaya tidak mempercayai tukang ramal seperti bomoh, dukun dan pawang.
“Beringat sikit orang-orang Melayu kita yang masih percaya dan terikut-ikut dengan benda-benda khurafat dan syirik ini .
“Penting untik kita semua kukuhkan akidah dan tauhid,” katanya.
Dr Kalimin berkata, jin dan syaitan akan sedaya upaya menyesatkan umat Islam, sehingga mendorong manusia melakukan kejahatan di luar jangkauan.
Pesannya, mana-mana umat Islam yang mendatangi bomoh atau tukang ramal, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
“Orang kita memang sukalah nak jumpa dengan bomoh bila nak cari benda-benda hilang, nak cari pesalah. Jin, syaitan pula memang suka gunakan kesempatan ini untuk sesatkan manusia.
“Nabi kata di sebalik satu berita betul yang dibawa jin, dia akan campur aduk dengan 100 penipuan dan 100 pendustaan.
“Maksudnya jin dan syaitan ini mesti akan cari jalan nak sesatkan manusia. Itu yang sampai jadi kes kes macam ini sebab syaitan,” katanya lagi.
Sebelum ini orang ramai menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ‘bomoh’ yang menjadi punca pembunuhan Allahyarham.
BACA JUGA Tiada bincang dengan Pas, kalau dengan Hisham atau Khairy, itu tidak wakili Umno
Â