Pilihan Raya Presiden Venezuela: ‘Terima kasih jemput saya sebagai pemerhati’

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro Moros.

Ini kerana katanya, Nicolas Maduro telah menjemput beliau sebagai pemerhati dalam pilihan raya Presiden Venezuela yang berlangsung pada 28 Julai lalu.

”Layanan mesra dan cukup baik saya terima sepanjang lawatan saya ke Venezuela kali ini.

”Pilihan raya kali ini melibatkan lebih 21 juta pengundi berdaftar dengan pusat pengundian dibuka seawal 6 pagi hingga 6 petang.

”Pada pilihan raya kali ini, Presiden Nicolas Maduro bersaing untuk mendapat mandat dari rakyat bagi menerajui kerajaan untuk penggal ketiga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Mohamad yang juga Presiden AMANAH mendoakan agar Nicolas dan partinya berjaya mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, di ruangan komen Mohamad, warga maya turut menyifatkan Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu bukan sebagai seorang yang biasa-biasa.

”YB bukan calang-calang orang!,” kata Fitri Ramli FL.

”Hebat Datuk Seri Mohamad,” ucap Adnan Azeez.

BACA JUGA Alami masalah pendarahan dalaman lagi, ADUN Mahkota kritikal

Â