Al Syahid Ismail Haniyeh hidup di hati umat
OLEH DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA
{ وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ (169) فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ (170) }
[Surah Āli-ʿImrān: 169-170.
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (169)
Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(170)
(Ali Imran 169-170)
Setiap mereka yang mempertahankan kemuliaan umat dan buminya lalu dibunuh telah disaksikan oleh Allah pengorbanan mereka.
Mereka mendapat kedudukan istimewa di sisi Rabb. Tubuh badannya yang hancur dan berdarah menjadi saksi di hadapan Allah sebagai bukti kesetiaannya kepada janji Allah.
Kekejaman zionis yang berada di kemuncak kezalimannya adalah tanda kepada kejatuhannya.
Mereka menyangka dengan terhapusnya Ismail Haniyeh maka tamatlah riwayat perjuangan Palestin!
Mereka silap sama sekali kerana Ismail Haniyeh hidup dalam hati perjuangan Palestin seperti hidupnya al Shahid Syeikh Ahmad Yassin, al Shahid Abd Aziz Rantisi dan al Syahid Izzudin Qassam dll para syuhada yang gugur mempertahankan kemuliaan umat.
Al Aqsa turut menangis dengan sifat kebinatangan regim zionis-israel namun ia tetap menanti saat pembebasannya di tangan wira-wira umat pejuang Palestin yang berada di garisan hadapan.
Senyumlah dikau wahai Ismail Haniyeh sepertimana engkau senantiasa tersenyum di dunia, haruman mu tersebar lebih segar dari bauan bunga dunia.
Bergembiralah wahai Ismail Haniyeh di sisi Tuhanmu walaupun kami akan kehilangan mu.
{ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا }
[Surah Al-Aḥzāb: 23]
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (al Ahzab: 23)
BACA JUGA AMANAH ucap takziah, kutuk keras pembunuhan Ismail Haniyeh
BACA JUGA Gempar pemimpin NGO kutip dana Palestin kantoi berkhalwat, ada 3 ‘hint’ didedah