‘Adik, kakak tahu tak ringgit kita makin ‘beautiful?’

Semalam Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjangkakan Ringgit terus mengukuh dipacu oleh pertumbuhan ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan.

Susulan perkembangan positif itu, ramai yang menyambut baik berita berkenaan termasuk seorang TikTokers yang menggunakan nama Kelantan Today.

Dalam videonya itu, pemuda tersebut dilihat memuji Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Adik kakak tahu ke tak Ringgit berbanding matawang lain ini makin cantik, makin beautiful?

”Kita juga telah diiktiraf matawang terbaik dan lebih hebat lagi yang kedua terbaik di Asia bulan lalu

”Apa yang lebih penting bagi saya adik-adik dan kakak-kakak, penganalisis meramalkan Ringgit akan lebih mengukuh hingga hujung tahun ini,” katanya TikTok.

Bukan itu sahaja, malah lelaki berkenaan turut ‘mengulas’ mengenai pelaburan asing yang semakin berkembang di negara ini.

”Lepas itu joyah dengan pelaburan semakin banyak masuk ini joyah, Malaysia sebenarnya sedang mendahului fasa perubahan besar sehingga keajaiban ini dibincangkan di pelbagai media antarabangsa.

”Kerajaan kita ini tak nampak gopoh joyah.. mereka sangat berhati-hati dalam mengejar kemajuan.

”Sebagai contoh, selepas subsidi telur, ayam dan diesel dialihkan, majoriti rakyat hampir tidak terasa akan kenaikan harga barang yang mengejut, malah harga ayam dan telur semakin stabil,” ujarnya lagi.

Hari ini, MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan ringgit akan terus meningkat pada separuh kedua 2024 berikutan mata wang itu telah mengukuh melepasi paras RM4.60, berpotensi mengakhiri tahun ini pada RM4.43 (akhir 2023: RM4.59).

Menurut bank itu, kemasukan semula dana asing di pasaran sedang pesat membangun, didorong oleh jangkaan pengurangan Kadar Dana Persekutuan Rizab Persekutuan (Fed) dan perbezaan faedah yang mengecil, dijangka meningkatkan mata wang serantau, termasuk ringgit.

“Bagaimanapun, disebabkan kekuatan dolar AS yang berpanjangan, kami menjangka ringgit akan menokok secara purata pada RM4.64 tahun ini (purata 2023: RM4.56).

“Walaupun kami optimis mengenai kenaikan ringgit pada akhir 2024, kami tetap berwaspada dengan potensi risiko penurunan, terutama daripada faktor luaran,” katanya.

BACA JUGA Cara nak mudah faham sebab ringgit mengukuh

Â