Ahmad Zahid ‘buka mulut’ tentang PRK DUN Mahkota

“Kita akan bersiap siaga selepas PRK Nenggiri untuk hadapi PRK Mahkota pula.”

Itu kata-kata daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia semalam.

Ahmad Zahid berkata, bagi pihak UMNO dan BN, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Insya-Allah kita akan dengar pengumuman yang akan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat mesyuarat,” katanya memetik BH, hari ini.

Ahmad Zahid menyifatkan pemergian Almarhumah Sharifah semalam, sebagai kehilangan seorang pejuang wanita yang amat komited dan setia terhadap parti dan amat prihatin kepada masyarakat.

Pada 31 Julai lalu, Sharifah dilapor menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom akibat pendarahan dalaman.

Semasa hayatnya, Almarhumah merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang dan juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

BACA JUGA Pas cabar DAP berkempen di DUN Nenggiri

Â