Pas cabar DAP berkempen di DUN Nenggiri

Pas dilihat sudah ketandusan modal apabila mencabar DAP untuk turun padang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undnagan Negeri (DUN) Nenggiri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan cabaran itu ketika melancarkan jentera pilihanraya di Unit Daerah Mengundi (UDM) Perasu, di Gua Musang, malam tadi.

“DAP tidak perlu takut untuk tunjuk wajah sebenar di DUN Nenggiri, jangan ingat mereka tidak turun mereka tidak ada, sebaliknya mereka tetap ada.

“Cuma DAP tidak dibenarkan datang ke DUN Nenggiri kerana UMNO bakal hilang deposit memandangkan orang Melayu di sini tidak boleh menerima DAP,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menganggap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim sebagai seorang yang tamak.

Katanya, Azizi sengaja mengaitkan isu peruntukkan semata-mata mahu menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan semua ADUN di Kelantan menerima peruntukan.

BACA JUGA Lesen media sosial: Cara Khairy layan media ketika dalam kerajaan diungkit