Azmawi Fikri harapan baharu penggundi Nenggiri

Oleh NORAINI NORDIN

Selepas Sungai Bakap, hari ini DUN Nenggiri pula menjadi tumpuan.

Nenggiri yang sepi kini mula hiruk-pikuk dengan kehadirian ribuan jentera dan penyokong calon-calon yang datang dari seluruh negara.

Sewaktu berkunjung ke Nenggiri penulis berpeluang bertemu dengan calon Kerajaan Perpaduan, Mohd Azmawi Fikri Haji Abdul Ghani.

Calon Kerajaan Perpaduan, Mohd Azmawi Fikri ketika ditemui Noraini.

Mohd Azmawi Fikri, 38, adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang dan juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Kami dipertemukan sewaktu beliau turut hadir dalam Program Sumbangan Kasih Asnaf
Anjuran Tekun Nasional dan Yayasan Bank Rakyat.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Mawarddah Kampung Limau Kasturi pada
27 Julai lalu itu dihadiri lebih 160 peserta yang berlangsung di Dewan Orang Ramai, Kampung Limau Kasturi, Nenggiri.

Menariknya wajah muda calon Perpaduan ini mudah mendapat perhatian kerana sifat tidak kekok dan mudah mesra beliau sewaktu menyantuni peserta termasuk termasuklah warga emas.

Pasti pengundi meletakkan harapan tinggi kepada pemimpin muda ini untuk menjadi wakil rakyat baharu mereka di Nenggiri.

Kahwin orang Bertam

“Sejak berusia lapan tahun saya membesar di Nenggiri. Isteri saya pun orang Nenggiri dari Kampung Bertam.

“Sudah pasti saya amat bersedia berkhidmat untuk pengundi DUN ini. Serta mengharapkan pengundi memilih saya sebagai wakil rakyat baharu mereka, ” katanya terus terang.

Ternyata keazaman Mohd Azmawi bukan impian kosong. Tidak mustahil beliau mampu mengubah landskap wakil DUN Nenggiri.

Untuk rekod daripada data berasaskan PRU15, jumlah pengundi Nenggiri seramai 20, 219 orang melibatkan 20 Daerah Mengundi, terdiri daripada 46 Saluran dan 44 Lokaliti.

Kelebihan bagi calon Perpaduan ini adalah seramai 2,600 pengundi adalah Orang Asli (yang juga disebut orang asal) melibatkan lima Daerah Mengundi.

Empat Daerah Mengundi terdiri daripada 7,116 Pengundi RKT Kesedar dan 1 Daerah Mengundi dengan 1,721 Pengundi adalah peneroka Felda. Pengundi Kampung Tradisi meliputi 8,855 orang.

Rata pengundi-pengundi tersebut mesra Perpaduan.

Dalam pada itu, menurut Mohd Azmawi Fikri semangat untuk menawan pengundi Nenggiri semakin tinggi dengan kehadiran jentera dari Perpaduan yang sudah berkampung sejak dua minggu lalu.

“Berilah peluang untuk saya menjadi wakil rakyat baru Nenggiri.

“Insya-Allah, saya akan mengalas tugas dengan sebaiknya, ” jelas bekas pelajar SMK Tengku Indra Petra ini.

Sementara itu, pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) PRK DUN Nenggiri yang diadakan di Balai Raya Bukit Cekati Gua Musang, Kelantan telah dihadiri oleh ribuan jentera parti termasuk Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merangkap Ketua Wanita Barisan Nasional.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan amanat penuh semangat supaya sokongan padu diberikan sepenuhnya kepada Mohd Azmawi Fikri.

Dengan gerak kerja yang tersusun serta kemas, lorong kemenangan terbuka untuk calon Perpaduan.

Ayuh, bangkit semua. Kita raikan Perpaduan di Nenggiri dan bantu Mohd Azmawi Fikri menang bergaya.

*NORAINI AZMAWI merupakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

BACA JUGA Saingan satu lawan satu di PRK DUN Nenggiri

Â