Lesen media sosial: Cara Khairy layan media ketika dalam kerajaan diungkit

Kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin agar kerajaan tidak menyalahgunakan sekatan media sosial dilihat mengundang kritikan warganet.

Tular kembali dua sedutan video Khairy pada tahun 2016 dan 2017 yang enggan menjawab soalan wartawan serta peringatan bekas Menteri Kesihatan itu kepada setiausahanya Ketika itu agar memantau laporan berita supaya tidak kena spin.

Rata-rata menyifatkan penyampai radio Hot FM itu sebagai cakap tidak serupa bikin apabila dilihat tidak melayan media dengan sewajarnya ketika mempunyai kuasa politik.

“Berlagak betul ye. Lepas tu ada hati nak cakap orang,” kata @rahizulzulhim.

“Mungkin dia ingat akan pegang kerajaan sampai bila-bila. Itu yang berani cakap macam tu. Sekarang konon terpaling media pula,” tulis @milanicki_.

“Bila ada kuasa, kerek semacam tambah masa pak mertua jadi PM! Dah tak ada kuasa, konon dialah paling prihatin!” kecam @matunique67 pula.

Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap Episod 116 berkata, untuk bersikap adil beliau menyokong tujuan pelesenan kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan internet dalam menangani jenayah dalam talian.

Walau bagaimanapun, beliau risau dalam niat murni kerajaan untuk menangani penipuan dalam talian dan jenayah seksual, berlaku juga usaha untuk menutup ruang perbincangan politik yang legitimate.

“Saya rasa itu yang menjadi kebimbangan orang ramai. Saya yakin jika ahli Parlimen hari ini berada di blok pembangkang atau aktivis media sosial, pasti mereka akan kecam, kata ini usaha untuk menutup kebebasan bersuara,” ujarnya.

BACA JUGA Proses PRK pertama Kelantan selepas PRN ke-15 bermula hari ini

Â