Selatan Filipina digegar gempa bumi 6.8 magnitud

Pantai selatan Filipina dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitud jam 6.31 pagi waktu tempatan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan perkara itu tanpa amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 17 kilometer, kira-kira 20 kilometer dari kampung Barcelona di timur pulau Mindanao, kata USGS.

Agensi seismologi tempatan berkata, tiada kerosakan dijangkakan, tetapi ia memberi amaran mengenai gegaran susulan.

Filipina terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik iaitu lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi yang kuat terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara serta merentasi lembangan Pasifik.

Walaupun negara Asia Tenggara itu kerap mengalami gempa bumi, kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai oleh manusia.

Namun, gempa bumi yang kuat dan memusnahkan datang secara rawak tanpa teknologi yang tersedia untuk meramalkan bila dan di mana ia akan berlaku.

BACA JUGA Proses PRK pertama Kelantan selepas PRN ke-15 bermula hari ini

Â