Ramai ‘sakit jantung’ tonton badminton semalam, Aaron Chia-Wooi Yik banggakan Malaysia
Malaysia berjaya meraih pingat olimpik pertama selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.
Ramai yang meluahkan ‘hampir sakit jantung’ tonton permainan semalam gara-gara Denmark mengejar Malaysia dengan agak rapat.
Pasangan beregu nombor satu negara itu kalah di set pertama, dan seterusnya meraih kemenangan pada set kedua dan ketiga.
Mereka berjaya meraih kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.
Susulan kejayaan itu, media sosial penuh dengan ucapan terima kasih dari rakyat Malaysia selain berkongsi rasa panik melihat perlawanan sengit malam tadi.
“Terima kasih untuk Gangsa ini. Terima kasih kerana membuka akaun pingat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris kali ini.
“Sejarah tercipta menjadi Beregu lelaki pertama Malaysia yang menang 2 pingat Olimpik. Beregu lelaki pertama Malaysia yang menang 2 pingat Gangsa di Olimpik
“Anyway best tak bagi rakyat Malaysia panik waktu set kedua tadi hahaha,” ciap pengguna bernama @Marchfoward.
“Jantung berdegup laju gila tapi wowww the comeback in second set buat I rasa confirm boleh menang. Bayangkan 17-20 tapi dia orang kejar sampai boleh menang !!! Gilaa!!,” kata pengguna lain.
“Tak berhenti keluar segala selawat dan doa tadi, nak luruh jantung tengok. Tengok sukan pun boleh tambah amal kita gaiss,” kata pula individu lain.
Ternyata reaksi pengguna di media sosial amat menghiburkan ramai, selain ada juga yang tidak senang duduk menanti kemenangan beregu badminton Malaysia.
BACA JUGA Axiata Arena bergema! Ribuan laung “Free Palestin” sambut ketibaan Anwar