Ganjaran buat tiga pemain badminton, Chery ada janji buat atlet pingat emas

Kejayaan membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan Lee Zii Jia dan pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menerima kereta mewah tajaan Chery Malaysia.

Menerusi kenyataan di Facebook, Chery Malaysia memaklumkan ketiga-tiga pemain badminton itu akan menerima kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro.

Ia sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.

Dalam masa sama, Chery Malaysia juga menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.

Malam tadi, Zii Jia menewaskan pemain India, Lakshya Sen.

Kelmarin pula, Aaron dan Wooi Yik menumpaskan pasangan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup.

BACA JUGA Kerajaan umum kaedah kasar dahulu SSPA bulan ini

Â