‘Kalau beliau terus duduk selama 2 penggal, saya yakin Malaysia jadi kuat semula’
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari optimis Malaysia akan menjadi kuat semula jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengemudi negara.
Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini, Menteri Besar Selangor itu memuji langkah diambil kerajaan yang menyaksikan ringgit kembali pulih.
”Hari ini walaupun orang tuduh macam-macam tentang ketidakupayaan, ringgit kita kembali pulih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
”Kedudukan ekonomi juga bertambah baik. Bursa saham lebih beberapa minggu lalu telah mencatatkan mata lebih 1,600, dulu nak cecah 1,500 pun tidak mampu.
”Kalau beliau (Anwar) terus duduk selama dua penggal, saya yakin Malaysia akan jadi kuat semula dan kita harus bagi sokongan dan dokongan sepenuhnya,” katanya.

Dalam videonya itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mengimbas kembali langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi mengatasi masalah dihadapi sebelum ini.
”Sebelum ini kita bukan ada masalah harga barang sahaja, tetapi kita ada masalah bekalan harga barang.
”Sebaik Kerajaan Perpaduan dapat diwujudkan, kita tak dengar ayam dan telur tidak cukup. Kita tak dengar bekalan-bekalan barangan tidak cukup.
”Oleh kerana tetapi kita mampu mengumpulkan kekuatan, maka hari ini isu-isu tersebut telah kita selesaikan,” ujarnya lagi.
BACA JUGA Ini sebab kenapa Ketua Penerangan Puteri UMNO kata Azmawi bukan ‘katak’