Nama Dominic Lau pun kena ‘petik’, ada sebab DAP tidak bantu calon BN di PRK Nenggiri
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook sempat ‘petik’ nama Presiden Gerakan, Dominic Lau ketika menjelaskan sebab parti komponen Kerajaan Perpaduan itu tidak turun padang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Dalam masa sama, Anthony Loke menafikan DAP tidak bermuafakat dengan parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, sebaliknya menjelaskan, mereka tidak dijemput.
“Saya dah cakap, kita memang ada semangat muafakat. Kalau ada jemputan kita pergilah.
“Kalau tidak ada keperluan kita tidak pergi sebab ada pandangan, mungkin kita tidak diperlukan.
“Saya punya muka besar tapi tak tebal macam Dominic Lau. Kalau orang tak jemput, saya tak pergi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Pematuhan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguat kuasa JPJ Gombak, hari ini.
Anthony bagaimanapun mengucapkan selamat berjaya kepada calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi pengundian pada 17 Ogos depan.
“Kita ucapkan selamat maju jaya kepada calon BN,” katanya lagi.
BACA JUGA Ganjaran buat tiga pemain badminton, Chery ada janji buat atlet pingat emas