Gaji MB Terengganu rupanya lagi tinggi dari Selangor, hasil negeri…
Gaji Menteri Besar Terengganu rupanya ketiga tertinggi di negara ini malah jauh lebih besar daripada Menteri Besar Selangor.
Semakan Kini News Lab mendedahkan gaji bulanan Menteri Besar Terengganu mencecah RM30,000 berbanding RM25,000 bagi ketua eksekutif Selangor.
Jumlah gaji itu pula tidak termasuk pelbagai jenis elaun bulanan termasuk elaun perjalanan, keraian dan lain-lain.
Ironinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita bagi Terengganu hanya RM31,111 yang merupakan negeri keempat terbawah.
Dalam masa sama, Terengganu mencatatkan jumlah keluarga miskin tegar kelima tertinggi di Malaysia dengan seramai 7,257 keluarga.
BACA JUGA Mamat ‘fries’ jadi kegilaan perempuan berniqab pula, Jabatan Agama boleh dah ambil tindakan